Sunday 30 December 2012

judges

Assalamualaikum :)
hello, memandangkan cuti sekolah masih ada so, manfaat kan lah cuti ni dengan menghadap computer, tab, dan laptop. kerana sekali sekolah dah bermula, of course i akan sibuk dengan kerja sekolah, tuisyen, dan macam macam lagi :p so, entry kali ni aku nak cakap pasal judges, memerli, atau bahasa kasarnya menghina dan sewaktu dengan nya lah!

sejak akhir akhir ni, aku lihat masyarakat sekarang ni, suka sangat judge someone without feel guilt. yelaaah, dia rasa dia nak cakap dia cakap. dia tak rasa apa yang dia cakap tu buat orang kecik hati, besar rasa nak penampor dia -,- contohnya,

situasi 1 :

kak jah : eh, kau ke senah? apa gelap bebenoor rupa kau sekarang?
senah    : oh yeke ? oh, sunburn kak! (kuanghajar punya perempuan)
kak jah  : yelaaa, kau kene jaga muka kau! nanti takde sape nak kat kau *gelak*
senah     : *gelak tak ikhlas* ohh, akak pon ape kurangnya, makin gemok! dah lebih kurang dengan 
                 badak je (dapat jugak balas dendam!)

see, kita boleh buat conclusion sendiri right? bila sorang perli, dan sorang akan perli balik sebab tak puas hati! tapi situasi ni, agak melampau bebenor lah kata kau! aku main reka jeee. so, tak ke akan memecahbelahkan masyarakat sendiri.

“Hanya orang buruk, yang menghinakan saudaranya sesama Muslim.” (HR. Muslim)

bagi aku, tak perlu kot nak perli atau nak kutuk depan depan ni! buat sakit hati and buat rasa org tu menyampah kat kita adalah en? so, berhati hatilah kalau nak ckp pasal org pon en! just judges yourself lagi kelaaaaas gitu :p

wokey lah, memandangkan sekolah pon nak bermula ni, aku mybe mengurangkan menghadap komputer nak berblogging blogging, twitter dan seantero degannya lah!

Assalamualaikum :)

Wedding


Assalamualaikum :)
memandangkan bulan cuti sekolah ni, ramai orang buat wedding, so cousin aku yang sorang ni pon sibuk nak kahwin juga bulan 12. yelaa, kalau buat waktu sekolah memang susah laa nak balik kampung kan. buat pulak kat Johor memang tak laa dekat nya kan.

Alhamdulillah on 20 december 2012 my cousin ekbar selamat diijabkabul kan dan officially menjadi husband kepada kak fajrin. Tahniah and diorang sempat pilih tarikh yang cantik. woaaaaah :) 20/12/2012

so, memandangkan aku, abang and my adik balik sehari lebih awal sebelum perkahwinan diorang yang berlansung hari sabtu untuk belah perempuan, so kiteorg balik naik bas! excited sangat weh, sebab tak pernah balik kampung naik bus! haha, nampak sangat jakun nya kan ? :p

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioi5SAMVCz4JWTVJwJTJdrbtf2pnAaNANmOg9sVpQ6WkLLVm1aIaeGfQgcOtDElG7O-K4otV1Qr1I7CHFuVyHF9Q-hS2sw1VLOOp4mcVzH7YDpE2WSbRQOBlqv19hbdHQKVipEJyTPDA/s640/IMG_0002.jpg

umie, ayah and others balik hari sabtu pagi! aku yang semangat suruh umie telefon KTM mula mula tapi takde yg kosong semua dah full. balik baru kiteorg naik  kereta api!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEVMp3tmS9Z66zTd5tQN38EKCyHNHZ_0Xu9uNJOW_H9aCCBASBQECKOxtgJqYdIaYD2nDsUcRd7LfEo2TGH5N_cBBSvhUdQzyC8VGegxjlPRcbf8akSIIVWX8BPyENKkh5AbHiT8OF4A/s400/photo0120.jpg
umie and mysara :)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmhqgLCmHec0UsbwhStUuPaQsB-1Gep8x9qGdjsGMNpFkRiwpg_cgbkfSLc8G9cwewQd5jIahHF9eWe7Qx032sqbW0XZt693lMRV07v_7DAIWzXI4be9JSR82dpIC8uHstuQXqIExY6Q/s320/photo0122.jpg
pelamin belah perempuan

pengantin :)
Their family
My family with pengantin!

Esoknya 23/12/2012 belah lelaki punya majlis pulak which is my cousin. Tema for the family kelabu pink…
Kiteorang punya majlis oh my god sangat meriah, siap ada mercun bunga api lagi! Tapi aku tak sempat nak tgkp gmbr coz tengah makan time tu!
Tok bak recite the doa’s for his first cucu yang kahwin :) yeay!
Aunty raha, umie, and tok cik

Tetamu :D


kek direka khas untuk abg bar and wife

Eating :)

My sister, umie and I

The comel one, my baby ilham :)


umie with firman and ilham


Budak budak sekarang mana heran dengan orang dah. Sibuk dengan gajet dia jeee. Main game macam macam. Mana dah main batu seremban, congkak semua. Aku rasa budak budak ni lebih maju dari aku xD
Umie with pengantin

Kak wardah, kak faj, I and umie :)

Tak kenal, my sista, the couple, me, umie, aunty mona, tak kenal


alhamdulillah, majlis habis dalam pukul 6 gitu, and tersangat sangat penat. aku ni bajet mcm aku yg mak pengantin je nak penat en, padahal just duduk, senyum kat tetamu, tgkp gambar and layan budak budak je! haaaaaih -,-

Monday 3 December 2012

birthday girl


Assalamualaikum :)
semalam birthday alya. then pagi pagi alya dah telefon aku ajak aku pergi mines. tapi aku tak boleh pergilah sebab aku ada hal. then alya mcam oh takpe lah! and I said soooory to alya. yeah, dia pon satu tak cakap awal awal en. so Alya, i'm sooooooory :) then time tu kan alya terus letak telefon! aku macam saje je tak nak wish dia birthday sebab nak datang rumah dia malam semalam. konon nak buat suprise tapi tengok tengok, hujan -,- haha. so tak jadi nak suprise, just pergi rumah dia je!

actually sebenarnya, aku ada buat video untuk kau1 tapi problem pulak nak masukkan! takpelah, lagipon aku malu nak masukkan :p sebab video tu agak annoying! haha

oh ya, aku pergi rumah alya bg hadiah :) aku harap dia suka le yeeee :p sebab aku suka! haha

*dalam ni rahsia :p alya je tahu... haha!

*you will always be my best friend you know too much :) <3


*kad ni aku buat sendiri tau (muka bangga) :p

*simple je hadiah :)

lihat :) saya sayang bantal ini bererti saya sayang tuannya juga :*

*hello Alya :) (lambai tangan)

*to Nur Alya Ardini harap kau suka dengan hadiah tersebut. sorry tak mampu nak beli jam tangan swatch :p mcam nasyrah bg farah farhana :p haha!

okey itu saja untuk hari ni. byebye. Assalamualaikum :D





Thursday 29 November 2012

contest i love my hijab :)

Assalamualaikum :)

sebenarnya saja je nak masuk contest ni! tengah boring boring tetiba ada sorang hamba Allah ni post pasal contest ni, then aku decide nak baca. selalu kalau contest-contest ni aku malas nak layan! kalau bukak pon aku malas, apa lagi masuk kan? tapi kali ni, memandangkan aku tengah boring sebab cuti kan, so aku pon masuklah contest ni. hadiah? penganjur ni kata hadiah nya menarik, tapi aku tak kisah pon. sajee je masuk. kalau menang, alhamdulillah. kalau kalian nak masuk pon boleh.

ini syarat yang dikenakan....







besarkan lah kau nak tengok :)
ni blog yang kalian boleh tengok tengok! ni penganjur lah kiranya!
http://shinethelightning.blogspot.com


so, ni gambar aku :p



rakan blogger :)



Saturday 17 November 2012


Assalamualaikum,

Okey, entry kali ni, mybe agak panjang. Bergantung kepada kerajinan aku nak menulis laa ye J
Alhamdulillah,  10 dan 11 november baru baru ni, aku pergi kem yang awesome macam tahun lepas tu  J bertempat di masjid Putra, Putrajaya. sangat lah best, dan Alhamdulillah aku kenal dengan r amai manusia lagi. Tapi kem kali ni tak ramai sangat yang datang. Kalau dulu sampai 250 orang, tapi sekarang tak lah ramai sangat dalam 150 orang je. Yeah, kalian mesti anggap still ramai kan ? bagi aku okeylah daripada dulu. Kalau dulu serius sesak sangat sangat. lagi lagi nak mandi, perggh kene beratur sampai ke luar tandas. Dan aku yang mak datuk nya malas ni, memang tak lah nak mandi kene tunggu macam tu. Lagipon aku kan wangi so, orang tak bau aku ni busuk :p ! Tapi tak pe, bukan itu yang dipersoalkan oleh Allah kelak nanti. But, apa ilmu yang aku dapat daripada kem tu…. Nak kata ilmu, masyaAllah banyak tak terkata. Serius banyak sangat, sampai dah tak muat otak ni ß-------ni tipu!, okey kem kali ni sekejap je. 2 hari 1 malam je. Oh my god so sad L haha, tapi beeeeeeest (tolong jelous sekarang) first day , dah ade lah sesi kene taaruf. 

Okeylah, dalam group aku, ada Mahirah. Amik kau, konfem lah aku tak kan diam daam group aku ni kan? Bercakap je lah dengan mahira! And masa malam LDK (latihan dalam kumpulan) aku, group kiteorang dapat nombor 2. Wohoooooo, kiteorang berlakon weh! So, mane mane producer yang nak kitaorang berlakon, boleh la telefon kiteorang ye :p jangan risau dengan kiterorang punya lakonan, confirm producer-proudcer sekalian akan terkejut dengan kiteorang punya acting :p hebat benooooor lah kata kau  ^_^  

Script, aku. Memang sikit pon! Korang nak berapa lame kiteorang berlakon kan ? mase pon bagi lima minit je. Sorry ye, video takde. Haha. Aku just jadi macam suara latar. Pelakon pelakon nya berlakon tanpa suara. Apa tuh, miming. Aku pon tak reti nak cakap orang inggris ni~
Then,adelah sesi motivasi. Motivasi yang pertama best  sangat dari DR. AIZAN ni. Kelakar la, so tak lah mengantuk. Yelah cik kak oi, buat petang petang pukul 2, sape yang tak mengantuk dohh. So, bila dia buat lawak, hilang rase mengantuk ni!




*Isi kandungan dr azizan

Than motivasi kedua, wohooooo, ustazah Fatimah syarha. The best penulis novel islam in Malaysia. Malaysia sangat :p haha. Ustazah ni, adalah Tanya Tanya soalan. Orang yang duduk sebelah aku ni dengan kawan kawan dia, perggggh serius pandai gila. Aku kat sebelah dia dah pengsan dengar dia jawab. Aku bukan tak tahu apa apa pasal sejarah islam, Cuma , tak belajar je lagi. Diorang punya semangat jawab soalan pasal nabi nabi ni.Yelaaa, yang duduk sebelah aku ni tudung labuh, sekolah agama. Boleh la jawab kan. Ustazah Fatimah ni beeeest, dia punya suara, alahai comel sungguh J




*isi kandungan ustzah Fatimah
Dan dan , aku dapat tandatangan ustazah Fatimah.aku balik rumah baru ingat nak berlagak dengan kakak aku. Sekali kau tengok

    aku : aku jumpa ustazah Fatimah, dapat tanda tangan dia (muka berlagak)
Kakak: kau datang sana nak amik tanda tangan dia ke nak amik ilmu dia?
   Aku : yelaaaaa, dua dua sekali lah tu. (padahal)
Kakak : yelahtuuuu, ingat tak ilmu dia?
    Aku : ingatlaaaaah
(baru ingat nak berlagak, sekali amik kau, kakak aku cakap mcm tu. Terkelu aku :p)hahaha



*gambar tanda tangan ustazah Fatimah syarha

Motivasi yang ketiga ni, agak bosan ikit. Dan tang tu jugaklah, aku mengantuk. So, memang takdelah, aku nak menulis nota. Orang kata pahala orang yang tidur masa ceramah, sama pahala yang dia dapat dengan orang yang tak tidur iaitu orang yang khusyuk mendengar ceramah. Konon je, padahal, malas nak salin sebab dah mengantuk. Yelaaaaa, masa tuh baru lepas explorace. Masih terasa kepenatannya lagi. Ustaz tupon satu  tak pandai buat lawak. So , agak boring. Haha

Oh ya, lupa nak cerita pasal group aku ni. Group aku terdiri daripada aku, mahira (ketua), humairah, aisyah,mira, hani dan adelah beberapa orang lagi. Seramai 10 orang.  Aku tak ingat smua nama. Dan time sesi perkenalan tu kan, ada dua orang group aku ni, yang tahfiz. Dua dua tu form 3. Sorang dah hafaz sampai juzuk 17, sorang dah sampai juzuk 22. Aku yang dengar nipon dah mcam ‘whaaaaaat, seriously ?’ aku satu juzuk pon tak hafal. Juzuk 30 yang suruh pendek pendek pon belum tentu aku hafal. Tapi kan diorang ni muka matang matang oh. Yelaa orag kata sape yang belajar agama ni, muka dia cepat matang. Aku? Muka macam darjah 6. Haha. Sangaaaaat kan.

Kat sana kaaan aku ada kenal dengan sorang budak ni, namanya Farah, form 3. Tapi tak sempat nak amik gambar dengan dia. Ya Allah, budak ni kalau jumpa aku je serius, mcm kawan yang dah sepuluh tahun tak jumpa. Padahal aku baru jee, kenal dia kat kem tu. Sampai Alya dengan Syafiqah cakap budak tu admire kat aku. Aku rase dia rapat dengan aku sebab aku yang start introduce nama aku kat budak tu, Tanya dia sekolah mana bagai. Memang jadi dia rapat dngan aku lah! Haha, yelaaaa, aku kan peramah. Rindu pulak dengan budak tu <3

Oh, lupa nak cerita.  Masa kem ni, group aku menang keseluruhan J awesome kan. Nombor satu lah kata kau. Ape tuh, champion lahhhh. Hebat dok? Haha, berlagak sungguh aku. Sampai Alya dengan Syafiqah bengang, bila aku mention ‘siapa juara tadi eh’ haha. So, aku dengan Mahira yang naik pentas amik hadiah. Wohooooooo habis lah, aku semakin dikenali :p haha.
Mahira ada bagi satu gambar aku dngan akak yang aku admire masa kem tahun lepas. Nak nangis je rasa, rinduuuuu dengan akak tu. Dia SPM tahun ni. Goodluck akak! Chaiyok chaiyok. Haha.


Alhamdulilllah, semoga Allah memberkati orang orang yang menganjurkan kem ni! Terbaaaaaaaaaik lah!
Oh ya, tempat tidur, kiteorang tidur kat dalam masjid. Pasang air cond kau. Pernah jumpa ke kem yang tidur air cond? Mungkin ada, tapi susah nak jumpa kan? Hebat kan… Haha. Okeylah, iu saja entry aku pada hari ni. thank you kepada sesiapa yang sudi membaca dan terpaksa membuangkan masa anda untuk membaca entry saya:D I love u alls <3
Assalamualaikum : ) (tak jawab dosa, kalau jawab sayaaaaang) ß------ Maria Elina

Monday 5 November 2012

MY HIJRAH :)

Assalamualaikum :) apa khabar semua.. almost 2 months aku tak update blog kan. rindu nak menaip panjang lebar smapai tangan lenguh macam buat karangan bm. Fuhh :p so today, i'm gonna tell about my HIJRAH. seriusly, dulu aku jahil :p tkde lah teruk mana tapi teruklah jugak! haha. sebenanrnya , aku berubah pon selepas pergi satu kem agama di Putrajaya :) sejujurnya, aku tak nak sangat-sangat pergi kem ni! tapi my mother dah daftarkan untuk aku! so pergi jelah. serius aku mase tuh sangatlah bengang! then aku pon ajaklah kawan aku ni namanya, Alya Ardini :) my best friend! serius, ke mana aku pergi, mesti kene ada dia ! tak sah :p then lepas dah ada kawan ni, agak lega lah sikit. sebenarnya Alya pon tak nak pergi, sebab kem tu buat waktu birthday dia! then aku pon mcm agak paksa Alya, sampailah dia pergi. actually, dia pon tak kesah. tapi masa tu kan, bagi aku walaubagaimanapon, aku mesti ada sorang kawan! sebab aku takuuut nak pergi sorang-sorang! masa tuh aku adalah tengok-tengok pasal kem tuhh, perghhh seriusly semua yang daftar kat kem tuh semua tudung labuh! how can aku pergi dengan perangai aku yang macam asdfghjkl dan pakaian aku yang tak berapa nak labuh ni kan? so, nak menyedapkan hati mak aku, aku pergi je lah! masa tuh fikir as long umie suka aku pergi, so, pergi jelah! then bila daftar-daftar je aku dengan alya ckp 'serius ke ni kem dia?' 'ke kita silap tempat?' (padahal dah konfem-konfem tempat yg betul) you guys tahu tak sebab ape kiteorg ckp mcm tuh ? sebab hampir 95% semuanya memakai tudung labuh! awesome kan? kem ini dihadiri almost 250 people! ramai gila kan? dan kat situ, aku jumpa dengan pelbagai jenis, watak, perangai dan akhlak orang! and aku sangatlah terkejut time tuhh aku jumpa MAHIRA, MARINA and ALYA HAZIQAH. aku ngan alya, dah macam'yes, ade geng!'. YES, mereka berdua kawan kiteorg sama sekolah kecuali alya haziqah dia form 3 sekarang :) time kiteorg berborak antara satu sama lain, adelah beberapa orang ni tengah mengaji! and aku dah mcm 'OH MY GOD, bagus gilaaaaaa', how can org lain berborak dia tengah mengaji! aku hanya mampu tersenyum :) sangat hebat wanita ini! then ade ice breaking, dan time tuh aku jumpa ramai yang memakai niqab(purdah)! even orang yang berniqab tu hanyalah dr sekolah biasa mcm aku! dia tak silap aku dari SMK Putrajaya! time tuh, aku nak menjerit je bila dia cakap dia dr sekolah harian biasa! ya Allah, ada jugak manusia sehebat macam ni :D then lepas ice breaking, pembahagian kumpulan. aku terpisah dengan semua kawan aku, dan dari situ aku dapat kenal rapat dengan orang yang bertudung labuh ni! and you know what? dekat kem ni, ada akak Fatimah Syarha penulis novel islam yang tersangat best :) best sangat akak ni bagi ceramah ! aku sangatlah teruja! Ada satu malam tu sesi ceramah ustazah sarah, time tuh sesi yang sangat menyedihkan! i don't know why, aku menangis :'( ustazah tu buat aku sangat terharu degna islam :) lihatlah betapa indahnya islam! then last day camp, akak akak fasilitator jemput beberapa orang naik untuk memberi sepatah dua kata. and start tu jugak aku kenal dengan seorang akak yang bagi aku akak ni cukup hebat :) namanya Sarah Binti Ali (aku tak ingat nama penuh) time bg sedikit kata kata tuh, dia menangis. dia kata dia tak sangka dia dapat pergi kem tuh. sebab masa dia nak daftar tuh, dia kata dah penuh, so dia tak boleh pergi.then dia kata banyak sangat ilmu yang dia dapat melalui kem ni! dan time ni aku pulak menangis! sebab, dia teringin sangat nak pergi kem ni, tapi susah nak dapat, sebab penuh! sedangkan aku? dah bagi kemudahan siap kene paksa lagi, itupon kau main susah lagi nak pergi! time tuh serius aku rindu sangat kat umie and ayah :) rasa macam nak nangis je! dan drpd kem ni aku belajar mengenal menutup aurat sepenuhnya, bukanlah aku nak kata my parents tak ajar tutup aurat! tapi kadang kita ni anggap perkara itu remeh padahal besar dosanya di akhirat ! yelah walaupon sikit sahaja aurat kita dinampak oleh lelaki ajnabi, selangkah ibu bapa kita ke neraka. dan bagi aku, sebenarnya aku mempunyai kelebihan kerana ayah aku seorang ustaz :) dan sepatutnya, aku menggunakannya sebaik mungkin dan try sebaik mungkin menjaga aurat! ni tak, kadang kadang tak heran pon, keluar rumah tak pakai stokin & sarung tangan! tapi aku bersyukur sangat aku dah berubah degan keadaan yang sangat baik :) walaupun aku dah berubah sebaik mungkin, tapi masih lagi ade beberapa orang yang pertikaikan perkara tu! kat sekolah bila aku pakai handsock(sarung lengan) ade lah sorang kawan aku ni dia kate 'bapak bajet alimnya kau ni' dan adelah beberapa orang pandang lain macam kat aku. tak tahulah dia fikir apa? and aku mase tu sangat lah terkelu melu sangat. tapi walaubagaimanapon adelah dua tiga orang kawan aku ni puji :) serius, bila kita berubah ke arah kebaikan, pasti ade yang akan memerli. dan bagi aku itu normal! sebab itu jugak adalah cabaran untuk kita harungi kehidupan kita :) dan aku sangat berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang memuji serta memerli aku dalam perubahan aku, kerana dengan cara itu aku akan sentiasa beristiqamah :) dan aku sangat mengharapkan dan berharap supaya kawan kawan aku sentiasa berusaha melakukan kebaikan dan sentiasa berusaha untuk menutup aurat :) maaflah, entry kali ini aku membebel sangatlah panjang! dan aku pon nak mintak maaf sekiranya selama aku hidup ni, aku menyusahkan hidup kalian dan membuang masa kalian untuk terpaksa membaca entry-entry aku yang panjang lebar :D and i hope i'm srong enough to look only for ALLAH <3 dan doakan aku supaya tetap istiqomah dalam menutup aurat ye :) thank you!






pink is for girl okey? gambar raya haji :) okeylah, sampai disini sahaja my entry bye bye. Assalamualaikum :) <3

Friday 14 September 2012

menyampaikan :)

Assalamualaikum :) nih cuma nak sampaikan apa yang patut :D peringatan untuk saya juga! selamat membaca yee :)
***************************** 
Tarbiah Allah S.W.T amat MAHAL , tidak semua sayangNya terzahir melalui belaian , adakala KETEGASAN mampu mendidik kita lbh drpd KELEMBUTAN , Allah S.W.T lbh memahami kita drpd sgla makhluk d'dunia . Justeru , mengadulah padaNya , setiap titisan airmata yg mengalir amat BERNILAI & BERHARGA d'sisi Allah .
Dalam kita melangkah , Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat . Hingga kita terduduk dan menangis . Peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah dalam diri . Mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak . Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar . Semoga tabah dan tetapkan iman . Biarlah kita keseorangan . Tanpa berteman . Biarlah malam . Tanpa sinar rembulan . Biarlah tidur . Tanpa dihiasi mimpi indah . Tapi , Jangan biarkan hatimu sunyi . Tanpa sepotong ayat suci AL-QURAN
.
 *********************************************************
 Diwaktu orang lain sibuk bercinta dengan sesama manusia mengikut emosi dan perasaan.. Jadilah dirimu sebagai orang yang Tidak pernah putus mencinta dan mendamba kasihNYA.. Diwaktu orang lain sibuk mengimpikan masa depannya dengan temannya.. jadilah kamu orang yang sentiasa terbayang-bayang dan bermimpikan bagaimana saat kamu dijemput menghadapNYA.. Diwaktu orang lain sibuk ber'sms' dan berkata2 perkara yang sia2 (lansung tiada faedah disisi ALLAH), jadilah dirimu insan yang sentiasa berzikir mengingati ALLAHHU JALIL. Diwaktu orang lain sibuk mengharap bantuan dan ucapan daripada orang lain.. jadilah diri kamu orang yang sibuk menagih simpati mengharap pertolongan dan janjinya.. Dan yang lebih kamu perlu ketahui dikala orang lain sedang leka.. ALLAH biarkan mereka dengan kenikmatan dunia (bercinta, mengejar nikmat dunia).. jauhilah dirimu daripada mengimpikan dan memperoleh semua itu buat sementara didunia.. Bersyukurlah kerana ALLAH sayang akan dirimu daripada dibiarkan melalui hari2 berikut dengan dosa2 dan kealpaan dunia..
 byebye ! assalamualaikum :)