Monday 5 November 2012

MY HIJRAH :)

Assalamualaikum :) apa khabar semua.. almost 2 months aku tak update blog kan. rindu nak menaip panjang lebar smapai tangan lenguh macam buat karangan bm. Fuhh :p so today, i'm gonna tell about my HIJRAH. seriusly, dulu aku jahil :p tkde lah teruk mana tapi teruklah jugak! haha. sebenanrnya , aku berubah pon selepas pergi satu kem agama di Putrajaya :) sejujurnya, aku tak nak sangat-sangat pergi kem ni! tapi my mother dah daftarkan untuk aku! so pergi jelah. serius aku mase tuh sangatlah bengang! then aku pon ajaklah kawan aku ni namanya, Alya Ardini :) my best friend! serius, ke mana aku pergi, mesti kene ada dia ! tak sah :p then lepas dah ada kawan ni, agak lega lah sikit. sebenarnya Alya pon tak nak pergi, sebab kem tu buat waktu birthday dia! then aku pon mcm agak paksa Alya, sampailah dia pergi. actually, dia pon tak kesah. tapi masa tu kan, bagi aku walaubagaimanapon, aku mesti ada sorang kawan! sebab aku takuuut nak pergi sorang-sorang! masa tuh aku adalah tengok-tengok pasal kem tuhh, perghhh seriusly semua yang daftar kat kem tuh semua tudung labuh! how can aku pergi dengan perangai aku yang macam asdfghjkl dan pakaian aku yang tak berapa nak labuh ni kan? so, nak menyedapkan hati mak aku, aku pergi je lah! masa tuh fikir as long umie suka aku pergi, so, pergi jelah! then bila daftar-daftar je aku dengan alya ckp 'serius ke ni kem dia?' 'ke kita silap tempat?' (padahal dah konfem-konfem tempat yg betul) you guys tahu tak sebab ape kiteorg ckp mcm tuh ? sebab hampir 95% semuanya memakai tudung labuh! awesome kan? kem ini dihadiri almost 250 people! ramai gila kan? dan kat situ, aku jumpa dengan pelbagai jenis, watak, perangai dan akhlak orang! and aku sangatlah terkejut time tuhh aku jumpa MAHIRA, MARINA and ALYA HAZIQAH. aku ngan alya, dah macam'yes, ade geng!'. YES, mereka berdua kawan kiteorg sama sekolah kecuali alya haziqah dia form 3 sekarang :) time kiteorg berborak antara satu sama lain, adelah beberapa orang ni tengah mengaji! and aku dah mcm 'OH MY GOD, bagus gilaaaaaa', how can org lain berborak dia tengah mengaji! aku hanya mampu tersenyum :) sangat hebat wanita ini! then ade ice breaking, dan time tuh aku jumpa ramai yang memakai niqab(purdah)! even orang yang berniqab tu hanyalah dr sekolah biasa mcm aku! dia tak silap aku dari SMK Putrajaya! time tuh, aku nak menjerit je bila dia cakap dia dr sekolah harian biasa! ya Allah, ada jugak manusia sehebat macam ni :D then lepas ice breaking, pembahagian kumpulan. aku terpisah dengan semua kawan aku, dan dari situ aku dapat kenal rapat dengan orang yang bertudung labuh ni! and you know what? dekat kem ni, ada akak Fatimah Syarha penulis novel islam yang tersangat best :) best sangat akak ni bagi ceramah ! aku sangatlah teruja! Ada satu malam tu sesi ceramah ustazah sarah, time tuh sesi yang sangat menyedihkan! i don't know why, aku menangis :'( ustazah tu buat aku sangat terharu degna islam :) lihatlah betapa indahnya islam! then last day camp, akak akak fasilitator jemput beberapa orang naik untuk memberi sepatah dua kata. and start tu jugak aku kenal dengan seorang akak yang bagi aku akak ni cukup hebat :) namanya Sarah Binti Ali (aku tak ingat nama penuh) time bg sedikit kata kata tuh, dia menangis. dia kata dia tak sangka dia dapat pergi kem tuh. sebab masa dia nak daftar tuh, dia kata dah penuh, so dia tak boleh pergi.then dia kata banyak sangat ilmu yang dia dapat melalui kem ni! dan time ni aku pulak menangis! sebab, dia teringin sangat nak pergi kem ni, tapi susah nak dapat, sebab penuh! sedangkan aku? dah bagi kemudahan siap kene paksa lagi, itupon kau main susah lagi nak pergi! time tuh serius aku rindu sangat kat umie and ayah :) rasa macam nak nangis je! dan drpd kem ni aku belajar mengenal menutup aurat sepenuhnya, bukanlah aku nak kata my parents tak ajar tutup aurat! tapi kadang kita ni anggap perkara itu remeh padahal besar dosanya di akhirat ! yelah walaupon sikit sahaja aurat kita dinampak oleh lelaki ajnabi, selangkah ibu bapa kita ke neraka. dan bagi aku, sebenarnya aku mempunyai kelebihan kerana ayah aku seorang ustaz :) dan sepatutnya, aku menggunakannya sebaik mungkin dan try sebaik mungkin menjaga aurat! ni tak, kadang kadang tak heran pon, keluar rumah tak pakai stokin & sarung tangan! tapi aku bersyukur sangat aku dah berubah degan keadaan yang sangat baik :) walaupun aku dah berubah sebaik mungkin, tapi masih lagi ade beberapa orang yang pertikaikan perkara tu! kat sekolah bila aku pakai handsock(sarung lengan) ade lah sorang kawan aku ni dia kate 'bapak bajet alimnya kau ni' dan adelah beberapa orang pandang lain macam kat aku. tak tahulah dia fikir apa? and aku mase tu sangat lah terkelu melu sangat. tapi walaubagaimanapon adelah dua tiga orang kawan aku ni puji :) serius, bila kita berubah ke arah kebaikan, pasti ade yang akan memerli. dan bagi aku itu normal! sebab itu jugak adalah cabaran untuk kita harungi kehidupan kita :) dan aku sangat berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang memuji serta memerli aku dalam perubahan aku, kerana dengan cara itu aku akan sentiasa beristiqamah :) dan aku sangat mengharapkan dan berharap supaya kawan kawan aku sentiasa berusaha melakukan kebaikan dan sentiasa berusaha untuk menutup aurat :) maaflah, entry kali ini aku membebel sangatlah panjang! dan aku pon nak mintak maaf sekiranya selama aku hidup ni, aku menyusahkan hidup kalian dan membuang masa kalian untuk terpaksa membaca entry-entry aku yang panjang lebar :D and i hope i'm srong enough to look only for ALLAH <3 dan doakan aku supaya tetap istiqomah dalam menutup aurat ye :) thank you!






pink is for girl okey? gambar raya haji :) okeylah, sampai disini sahaja my entry bye bye. Assalamualaikum :) <3

No comments:

Post a Comment