Saturday 17 November 2012


Assalamualaikum,

Okey, entry kali ni, mybe agak panjang. Bergantung kepada kerajinan aku nak menulis laa ye J
Alhamdulillah,  10 dan 11 november baru baru ni, aku pergi kem yang awesome macam tahun lepas tu  J bertempat di masjid Putra, Putrajaya. sangat lah best, dan Alhamdulillah aku kenal dengan r amai manusia lagi. Tapi kem kali ni tak ramai sangat yang datang. Kalau dulu sampai 250 orang, tapi sekarang tak lah ramai sangat dalam 150 orang je. Yeah, kalian mesti anggap still ramai kan ? bagi aku okeylah daripada dulu. Kalau dulu serius sesak sangat sangat. lagi lagi nak mandi, perggh kene beratur sampai ke luar tandas. Dan aku yang mak datuk nya malas ni, memang tak lah nak mandi kene tunggu macam tu. Lagipon aku kan wangi so, orang tak bau aku ni busuk :p ! Tapi tak pe, bukan itu yang dipersoalkan oleh Allah kelak nanti. But, apa ilmu yang aku dapat daripada kem tu…. Nak kata ilmu, masyaAllah banyak tak terkata. Serius banyak sangat, sampai dah tak muat otak ni ß-------ni tipu!, okey kem kali ni sekejap je. 2 hari 1 malam je. Oh my god so sad L haha, tapi beeeeeeest (tolong jelous sekarang) first day , dah ade lah sesi kene taaruf. 

Okeylah, dalam group aku, ada Mahirah. Amik kau, konfem lah aku tak kan diam daam group aku ni kan? Bercakap je lah dengan mahira! And masa malam LDK (latihan dalam kumpulan) aku, group kiteorang dapat nombor 2. Wohoooooo, kiteorang berlakon weh! So, mane mane producer yang nak kitaorang berlakon, boleh la telefon kiteorang ye :p jangan risau dengan kiterorang punya lakonan, confirm producer-proudcer sekalian akan terkejut dengan kiteorang punya acting :p hebat benooooor lah kata kau  ^_^  

Script, aku. Memang sikit pon! Korang nak berapa lame kiteorang berlakon kan ? mase pon bagi lima minit je. Sorry ye, video takde. Haha. Aku just jadi macam suara latar. Pelakon pelakon nya berlakon tanpa suara. Apa tuh, miming. Aku pon tak reti nak cakap orang inggris ni~
Then,adelah sesi motivasi. Motivasi yang pertama best  sangat dari DR. AIZAN ni. Kelakar la, so tak lah mengantuk. Yelah cik kak oi, buat petang petang pukul 2, sape yang tak mengantuk dohh. So, bila dia buat lawak, hilang rase mengantuk ni!




*Isi kandungan dr azizan

Than motivasi kedua, wohooooo, ustazah Fatimah syarha. The best penulis novel islam in Malaysia. Malaysia sangat :p haha. Ustazah ni, adalah Tanya Tanya soalan. Orang yang duduk sebelah aku ni dengan kawan kawan dia, perggggh serius pandai gila. Aku kat sebelah dia dah pengsan dengar dia jawab. Aku bukan tak tahu apa apa pasal sejarah islam, Cuma , tak belajar je lagi. Diorang punya semangat jawab soalan pasal nabi nabi ni.Yelaaa, yang duduk sebelah aku ni tudung labuh, sekolah agama. Boleh la jawab kan. Ustazah Fatimah ni beeeest, dia punya suara, alahai comel sungguh J




*isi kandungan ustzah Fatimah
Dan dan , aku dapat tandatangan ustazah Fatimah.aku balik rumah baru ingat nak berlagak dengan kakak aku. Sekali kau tengok

    aku : aku jumpa ustazah Fatimah, dapat tanda tangan dia (muka berlagak)
Kakak: kau datang sana nak amik tanda tangan dia ke nak amik ilmu dia?
   Aku : yelaaaaa, dua dua sekali lah tu. (padahal)
Kakak : yelahtuuuu, ingat tak ilmu dia?
    Aku : ingatlaaaaah
(baru ingat nak berlagak, sekali amik kau, kakak aku cakap mcm tu. Terkelu aku :p)hahaha



*gambar tanda tangan ustazah Fatimah syarha

Motivasi yang ketiga ni, agak bosan ikit. Dan tang tu jugaklah, aku mengantuk. So, memang takdelah, aku nak menulis nota. Orang kata pahala orang yang tidur masa ceramah, sama pahala yang dia dapat dengan orang yang tak tidur iaitu orang yang khusyuk mendengar ceramah. Konon je, padahal, malas nak salin sebab dah mengantuk. Yelaaaaa, masa tuh baru lepas explorace. Masih terasa kepenatannya lagi. Ustaz tupon satu  tak pandai buat lawak. So , agak boring. Haha

Oh ya, lupa nak cerita pasal group aku ni. Group aku terdiri daripada aku, mahira (ketua), humairah, aisyah,mira, hani dan adelah beberapa orang lagi. Seramai 10 orang.  Aku tak ingat smua nama. Dan time sesi perkenalan tu kan, ada dua orang group aku ni, yang tahfiz. Dua dua tu form 3. Sorang dah hafaz sampai juzuk 17, sorang dah sampai juzuk 22. Aku yang dengar nipon dah mcam ‘whaaaaaat, seriously ?’ aku satu juzuk pon tak hafal. Juzuk 30 yang suruh pendek pendek pon belum tentu aku hafal. Tapi kan diorang ni muka matang matang oh. Yelaa orag kata sape yang belajar agama ni, muka dia cepat matang. Aku? Muka macam darjah 6. Haha. Sangaaaaat kan.

Kat sana kaaan aku ada kenal dengan sorang budak ni, namanya Farah, form 3. Tapi tak sempat nak amik gambar dengan dia. Ya Allah, budak ni kalau jumpa aku je serius, mcm kawan yang dah sepuluh tahun tak jumpa. Padahal aku baru jee, kenal dia kat kem tu. Sampai Alya dengan Syafiqah cakap budak tu admire kat aku. Aku rase dia rapat dengan aku sebab aku yang start introduce nama aku kat budak tu, Tanya dia sekolah mana bagai. Memang jadi dia rapat dngan aku lah! Haha, yelaaaa, aku kan peramah. Rindu pulak dengan budak tu <3

Oh, lupa nak cerita.  Masa kem ni, group aku menang keseluruhan J awesome kan. Nombor satu lah kata kau. Ape tuh, champion lahhhh. Hebat dok? Haha, berlagak sungguh aku. Sampai Alya dengan Syafiqah bengang, bila aku mention ‘siapa juara tadi eh’ haha. So, aku dengan Mahira yang naik pentas amik hadiah. Wohooooooo habis lah, aku semakin dikenali :p haha.
Mahira ada bagi satu gambar aku dngan akak yang aku admire masa kem tahun lepas. Nak nangis je rasa, rinduuuuu dengan akak tu. Dia SPM tahun ni. Goodluck akak! Chaiyok chaiyok. Haha.


Alhamdulilllah, semoga Allah memberkati orang orang yang menganjurkan kem ni! Terbaaaaaaaaaik lah!
Oh ya, tempat tidur, kiteorang tidur kat dalam masjid. Pasang air cond kau. Pernah jumpa ke kem yang tidur air cond? Mungkin ada, tapi susah nak jumpa kan? Hebat kan… Haha. Okeylah, iu saja entry aku pada hari ni. thank you kepada sesiapa yang sudi membaca dan terpaksa membuangkan masa anda untuk membaca entry saya:D I love u alls <3
Assalamualaikum : ) (tak jawab dosa, kalau jawab sayaaaaang) ß------ Maria Elina

1 comment: